ske la ni..

kalau saya suka dia,saya jujur je.. kalau saya sayang dia,saya jujur juga.. kalau saya cinta dia,saya kene jujur juga.. kalau saya cinta pun saya jujur juga.. sebab apa pun perhubungan akan lebih kukuh dengan kejujuran.. sajujur nye kadang2 ase nk je mrah dye,,geram..hahah

Thursday, 3 November 2011

jom...share ilmu...

Assalamualaikum kawan..
tujuan blog ni sebb nk kongsikan ilmu yg saya da pelajari serba sikit selama mane saya berada di
Madrasah Tahzibun Nufus
sudi lah bace ye..
1
Ketahui olehmu bahawasanya mata engkau itu menjadikan oleh Allah taala bagi engkau kerana berberapa faedah yang bangsa akhirat dan bangsa dunia, maka setengah dari segala faedahnya yang bangsa akhirat memandang kepada langit dan matahari dan bulan bintang dan lain lainnya, supaya berdalil engkau dengan dia atas ada Allah taala dan atas keesaanNya dan atas kekuasaanNya, dan setengah daripadanya melihat akan Quran dan melihat akan jalan kepada masjid dan kepada tempat menuntut ilmu. dan setengah daripada faedahnya yang bangsa dunia melihat perusahaan engkau, dan melepaskan engkau dari segala yang menyakiti, seperti jatuh, dan berlaga, dan bermula mensyukurkan mata itu, memelihara daripadanya tiap -tiap
2
melihat yang haram. seperti melihat perempuan yang lain daripada isterinya dan menghinanya dan megharamnya, dan seperti melihat akan yang muda belia, dan seperti melihat aurat laki laki maka lazimkan olehmu akan memelihara mata engkau kerana firman Allah taala
3
artinya bersabda olehmu hai Rasulullah bagi sekelian yang beriman, pejamkannya oleh kamu akan mata kamu daripada barang yang tiada haruskan bagi kamu melihatnya nescaya memejam oleh mereka itu akan segala mata mereka itu, dan suruh olehmu akan mereka itu dengan memelihara faraj mereka itu nescaya memelihara mereka itu akan segala faraj mereka itu daripada barang yang haram dikerjakan dengan dia, dan yang demikian (memelihara) itu lebih baik bagi mereka itu, bahawasanya Allah taala sangat mengetahui akan batin yang mengerjakan mereka itu akan dia semacam dengan zahirnya, maka membalas ia akan mereka itu atasnya. ada pada ayat ini mengajar kelakuan yang baik dan memberitahu dan menakutkan. maka adapun mengajar adab maka firmannya;
(bersabda olehmu bagi sekelian yang beriman nescaya memejamkan mereka itu akan segala mata mereka itu)
daripada barang yang tiada halal memandangnya, dan dengan ini perkataan menyuruh Allah taala akan hambanya dengan berkelakuan yang baik, iaitu memelihara matanya daripada melihat yang haram dan memelihara kemaluannya daripada yang tiada halal dan dikerjakan dengan dia. maka wajib sekelian hamba menjunjung perintah tuhannya dan jika tiada nescaya adalah ia jahat perangai dan patut ia dimurkai dan disiksa dan adapun memberitahu maka firmannya
(bermula demikian memejamkan mata dan memelihara faraj itu lebih membersihkan dan lebih menambahkan bagi mereka itu)
memberitahu Allah taala dengan ini perkataan atas bahawasanya memejamkan mata dan memelihara faraj itu keduanya sebab bagi membersihkan hati daripada segala dosa sebab bagi membanyakkan pekerjaan kebajikan dan adapun menakutkan